Peserta bawa lagu Kesetiaan di Big Stage, Ajai & TokTi tak dapat tahan sebak

Peserta bawa lagu Kesetiaan di Big Stage, Ajai & TokTi tak dapat tahan sebak

Program Big Stage musim keempat nampaknya sudah memasuki minggu ketiga. Pada malam tadi, pelantun lagu kucu kuca, Lia Aziz telah tersingkir selepas menduduki tempat tiga terbawah.

Dalam konsert minggu ini, banyak kejutan baru ditonjolkan dengan ramai peserta mulai menunjukan taring mereka dan mulai fokus dengan tujuan menyertai pertandingan.

Mengetengahkan tema lagu-lagu 2000an, ada diantara mereka berjaya membuatkan pihak juri senang hati dan memberikan markah tinggi buat mereka.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu persembahan daripada Aishah Retno yang membawakan lagu Kesetiaan dendangan Allahyarham Siti Sarah sehingga membuatkan juri-juri tetap menitiskan air mata terkenang akan arwah.

Dapat dilihat yang Dato Seri Siti Nurhaliza dan Ajai sama-sama menahan sebak teringat akan penyanyi asal lagu Kesetiaan ini sehingga penyanyi nombor satu negara itu menitiskan air mata.

Ajai juga turut mengambil kesempatan untuk meminta orang ramai untuk sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah sebelum memberikan komen kepada Aishah Retno.

@memes.puaka

Reply to @nshuehad al fatihah buat arwah Siti Sarah 🥺 #fypシ #esekeli #berandatiktok #bigstage2022

♬ Kesetiaan – Sarah

Walau bagaimanapun, persembahan Aishah pada malam itu mendapat pujian daripada juri kerana dilihat bagus serta berbeza dengan penyanyi asal. Nyanyian yang diiringi dengan violin membuatkan ramai yang ‘terbuai’ dengan persembahannya dan dia juga menduduki tempat tertingi berbanding peserta-perserta lain.

@tengku_quden

Serius best but xde saper dpt ganti arwah… #malaysia #indonesia #kesetian #bigstage #bigstage2022 #foryou #aisharetno

♬ original sound – Tengku Raden – Tengku Raden

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata- rata warganet telah meninggalkan komen dengan bersetuju bahawa nyanyian Arwah memang tiada ganti.

Disebabkan itu, ramai yang turut menitiskan air mata mendengarkan lagu Kesetiaan yang sudah cukup melekat dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

 

 

 

Sumber: Instagram Astro Gempak, TikTok @memes.puaka, @tengku_quden

 

Scroll to Top