Peserta dari 60 negara bakal gegar Taiping

Peserta dari 60 negara bakal gegar Taiping

sukan@hmetro.com,my

Taiping: Dikenali sebagai ‘bandar hujan’ atau bandar menerima kehadiran hujan hampir setiap hari, Taiping akan menjadi lokasi menguji kehebatan dan ketahanan hampir 3,000 peserta yang akan menyertai acara Ultra Trail anjuran Ultra-Trail Mont-Blanc (UTMB) yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 November ini.

Pengarah Perlumbaan Malaysia Ultra Trail (UTMB), Ewegene Tan berkata, hampir 3,000 peserta dari 60 buah negara akan menyertai kejohanan itu termasuk dari China, Indonesia, Singapura, Perancis dan sebagainya.

Menurutnya edisi larian ketujuh di Taiping itu sangat berbeza berbanding negara lain di mana peserta akan melalui kawasan Hutan Dara.

“Kebiasaannya Hutan Dara ini tidak dibenarkan masuk namun kerjasama yang terjalin dengan Jabatan Perhutanan Perak, kita dibenarkan menggunakan bahagian tertentu untuk pelari disamping memberi mereka pengalaman baru berbeza dengan lokasi-lokasi lain.

“Dijangkakan beberapa pelari-pelari ternama dari China dan Vietnam sudah mengesahkan kehadiran mereka dalam siri ini dan peserta akan diuji ketahanan mereka dalam lima kategori jarak perlumbaan berbeza,” katanya pada sidang media.

Menurutnya lagi Taiping dipilih menjadi tuan rumah acara ini barikutan keunikan dan sejarahnya di mana akan melalui kawatan hutan rizab, laluan ladang, landasan keretapi lama, pacuan empat roda hingga ke laluan hutan yang lasak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top