Peserta Ekspedisi Dekad Legasi UTM Everest 2016-2026 berjaya tawan EBC

Peserta Ekspedisi Dekad Legasi UTM Everest 2016-2026 berjaya tawan EBC

am@hmetro.com.my

Sepang: Seramai 15 peserta Ekspedisi Dekad Legasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Everest 2016-2026 yang menyertai misi ke Everest Base Camp (EBC), Tibet, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Ekspedisi bermula 3 Jun lalu itu dianjurkan sempena memperingati sedekad legasi pendakian Everest UTM selain bertujuan memupuk semangat ketahanan, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan peserta terdiri daripada alumni, staf serta pelajar universiti berkenaan.

Mantan Pro Canselor UTM yang juga Penasihat Ekspedisi Dekad Legasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Everest 2016-2026, Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor berkata, peserta berjaya menamatkan misi meskipun berdepan cabaran cuaca dan geografi sebelum tiba di EBC yang terletak pada ketinggian melebihi 5,000 meter dari paras laut.

Menurutnya, ekspedisi itu turut memperingati kejayaan dua bekas pelajar UTM, Azim Afif Ishak dan Mohd Farul Aidid Mahamad Yusoff yang menawan Gunung Everest melalui laluan Tibet pada 2016.

Ketibaan peserta di KLIA disambut ahli keluarga, rakan serta wakil UTM.

Untuk rekod, ekspedisi itu diketuai Dr Bakri Zainal Abidin selaku wakil Persatuan Alumni UTM (PAUTM) dan turut disertai Azim Afif bersama penuntut UTM, Muhammad Zurysh Effandy Nuruleffandy dan Dhanesh Babbu Krishnan,

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top