SDurian World mencatat pencapaian tersendiri apabila berjaya menganjurkan ‘Pesta Durian Terbesar dengan Penyertaan Teramai’, yang menghimpunkan seramai 1,188 peserta di One World Hotel, Petaling Jaya.
Kejayaan ini melayakkan syarikat tersebut tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjur rasmi acara bersejarah itu.
Acara yang penuh meriah tersebut turut menarik kehadiran pelancong antarabangsa dari lebih 10 buah negara, termasuk China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain, yang hadir untuk menikmati keenakan durian Musang King yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDurian World, Encik David Hew, sambutan tersebut mencerminkan potensi durian Malaysia sebagai tarikan bertaraf global.
“Sambutan kali ini amat mengagumkan. Selain pengunjung tempatan, ramai juga peminat durian dari luar negara yang turut serta memeriahkan acara ini.
“Kami juga amat menghargai kerjasama rapat bersama pihak hotel yang banyak membantu melancarkan penganjuran,” katanya.
Kata David, SDurian kini berada pada landasan kukuh untuk muncul sebagai pengeluar utama Musang King di peringkat global.
“Kami berhasrat untuk terus mengembangkan operasi termasuk menerusi pembukaan cawangan seperti ‘Twenty Four’ dan ‘One One’ sebagai sebahagian strategi pengukuhan jenama dan pengedaran,” jelasnya.
Pelaburan Strategik & Ladang Tanpa Cagaran
Selain penganjuran acara berskala besar, SDurian turut membuka peluang pelaburan dalam sektor pertanian berimpak tinggi kepada rakyat Malaysia.
Dengan kawasan ladang seluas 2,000 ekar di Lojing Highlands, Gua Musang, syarikat ini kini mempunyai lebih 10,000 pokok durian Musang King dan menyasarkan penanaman sehingga 100,000 pokok menjelang tahun hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai SDurian World anda boleh layari: www.sdurianworld.com atau ikuti saluran media sosial rasmi mereka.