Ia memerlukan keyakinan sebaik mungkin untuk meletakkan diri anda di mana jua berada. Yakin dan percaya pada diri sendiri, tidak gementar jika perlu naik ke atas pentas dan berhadapan penonton yang ramai dan tidak dikenali.
Bagi kebanyakan wanita, memupuk keyakinan boleh terasa di luar jangkauan dan mungkin sesuatu yang mustahil.
Namun, ketahuilah keyakinan adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai jika anda berusaha sebaiknya.
Ternyata Keyakinan bermula dengan keupayaan kita untuk mempercayai diri kita sendiri.
Gabungan terbaik dalam membina keyakinan diri adalah memiliki kekuatan dan aura positif.
Kekuatan sebagai wanita adalah unik dan kita boleh membawa perspektif yang berbeza kepada dunia.
Menerusi kekuatan, ia membantu kita berhenti taksub dengan kelemahan, membuatkan kita fokus pada apa yang boleh lakukan, selain membolehkan kita memimpin dengan kekuatan itu.
Kita juga boleh mempelajari kemahiran penting yang membantu kita memperoleh keyakinan yang lebih besar dalam hidup.
Akui pencapaian diri
Kita semua mempunyai pencapaian, tetapi jarang mengiktiraf pencapaian itu selain mengambil mudah.
Umpamanya menjadi ibu kepada lapan orang anak adalah pencapaian yang harus dibanggakan.
Dunia mungkin melihat keibuan secara berbeza, tetapi ia adalah pencapaian seumur hidup harus diakui wanita berulang kali.
Keluar dari zon selesa
Sama ada anda percaya atau tidak, sebenarnya pertumbuhan dan keyakinan berjalan seiring.
Jangan takut untuk mencuba perkara baharu.
Bermakna anda perlu bersedia untuk melangkah keluar dari zon selesa dan mengamalkan minda pertumbuhan.
Rangkul cabaran baharu dengan keberanian dan keinginan untuk belajar.
Pelajari kemahiran baharu contohnya bercakap dalam mesyuarat, naik ke atas pentas atau mengambil peranan kepimpinan.
Sokongan
Jika anda ingin meningkatkan keyakinan diri, cari orang atau rakan yang menaikkan semangat dan menggalakkan anda dalam perkara yang anda lakukan.
Kebanyakan keyakinan daripada galakan dan kepercayaan orang sekeliling;
Mempunyai sistem sokongan yang kukuh boleh menjadi sumber inspirasi untuk anda maju dalam apa jua bidang
Amalkan ketegasan
Nyatakan keperluan, pendapat dan sempadan anda dengan penuh yakin serta jelas
Semakin banyak kita belajar bagaimana untuk bersikap tegas dalam meminta apa yang kita mahukan, semakin banyak keyakinan yang akan kita dapat kehidupan kita.
Terima kegagalan sebagai peluang pembelajaran
Kegagalan adalah sebahagian daripada perjalanan kehidupan yang tidak dapat dielakkan.
Ia juga sebahagian daripada proses pembelajaran semula jadi.
Jangan biarkan rasa takut dan kegagalan menghalang anda daripada mengejar matlamat anda. Teruskan berusaha!
© New Straits Times Press (M) Bhd
