Khidmat petugas pengurusan jenazah ketika ini sememangnya merupakan satu khidmat yang sangat penting kerana pertambahan kematian setiap hari terutamanya pesakit Covid-19.
Namun, disebalik usaha mulia petugas-petugas pengurusan jenazah tersebut siapa sangka ada diantara mereka menguruskan jenazah ahli keluarga mereka sendiri.
Hal berkenaan dikongsikan oleh seorang lelaki yang menggunakan nama @IamAjak di Twitternya dan memuat naik momen menguruskan jenazah ibunya yang telah meninggal dunia.
Menurut lelaki tersebut, hari ini merupakan hari yang serba serbi tidak kena buat dirinya kerana perlu menguruskan jenazah ibu sendiri walaupun sebelumnya dia memang seorang pengurus jenazah.
Dapat dilihat dia begitu beremosi ketika mengebumikan ibunya dan lengkap berpakaian PPE penuh. Dia juga telahduduk mencangkung di tepi pusara ibunya yang sudah selamat dikebumikan.
Â
Menurut @IamAjak, ibunya telah meninggal dunia pada 11.30 malam pada 8 Ogos 2021. Dalam coretannya, dia memaklumkan amat menyayangi ibu tercinta dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengorbanan yang telah dilakukan selama ini.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat @IamAjak dengan mendoakan agar roh ibunya tersayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Â
Sumber: Twitter @IamAjak