PGA rampas 493 kg minyak masak bersubdisi

PGA rampas 493 kg minyak masak bersubdisi

nfazlina@nstp.com.my

Pasir Mas: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 493 kilogram minyak masak bersubsidi selepas menahan seorang lelaki di Kampung Binjal, petang semalam.

Serbuan jam 3 petang itu dilakukan Batalion 7 hasil risikan dan maklumat awam berkaitan kegiatan penyeludupan minyak masak.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata menerusi serbuan berkenaan, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang hadapan sebuah premis.

“Hasil pemeriksaan terbabit menemui 20 kotak mengandungi 493 minyak masak bersubsidi dan suspek yang berada dalam kenderaan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen.

“Suspek lelaki yang ditahan berusia 33 tahun mendakwa bekalan terbabit dibeli melalui kedai pemborong di Pasir Mas dan Kota Bharu untuk dijual di kedai runcit milik majikannya di Lemal, Pasir Mas.

“Suspek bekerja sebagai pembantu kedai dengan majikannya yang bergelar Ustaz hampir satu bulan.

“Minyak masak yang dijumpai di dalam kenderaan itu dikatakan ditinggalkan oleh majikannya di tempat yang tiada permit sah untuk penyimpanan barang kawalan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Mengulas lanjut katanya, nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan adalah lebih RM31,000.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barangan kes yang dirampas diserahkan kepada KPDN Pasir Mas.

“Kita akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada aktiviti atau kegiatan menyalahi undang-undang berlaku,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top