PGA tahan dua lelaki seludup ayam beku

PGA tahan dua lelaki seludup ayam beku

bhnews@bh.com.my

TUMPAT: Sebanyak 7.2 tan ayam beku yang dipercayai diseludup daripada negara jiran dirampas di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi, berkata rampasan itu dilakukan terhadap sebuah lori yang ditahan di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu pada jam 2.30 pagi.

Beliau berkata, kenderaan dinaiki dua lelaki berusia 30 dan 24 tahun itu ditahan ketika melalui jalan di Kampung Kubang Batang.

“Hasil pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan menemui sejumlah kotak yang mengandungi 7,200 kilogram ayam beku dianggarkan bernilai RM72,000,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azhari berkata, pemandu kenderaan berkenaan mengemukakan beberapa dokumen namun ia meragukan dan kedua mereka ditahan.

Katanya, ayam beku itu dipercayai diseludup menerusi pangkalan haram di Pengkalan Kubor untuk dibawa ke Kuala Terengganu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top