Piala Asia: Dua gol Jordan di hujung permainan singkir bekas juara, Iraq

Piala Asia: Dua gol Jordan di hujung permainan singkir bekas juara, Iraq

Pemain Jordan, Ehsan Haddad meraikan kemenangan pasukannya menewaskan Iraq 3-2 pada perlawanan pusingan 16 terbaik, yang berlangsung sengit di sini pada Isnin. Foto AFP

DUA gol pada masa tambahan separuh masa kedua memastikan Jordan bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023, selepas menewaskan juara 2007 Iraq 3-2 pada perlawanan pusingan 16 terbaik, yang berlangsung sengit di sini pada Isnin.

Pada aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, Jordan mendahului perlawanan di lewat separuh masa pertama, namun ketinggalan 1-2 sebelum bangkit meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada masa tambahan babak kedua, dengan Nizar Al Rashdan menjaringkan gol kemenangan The Chivalrous Ones.

Iraq yang dibimbing Jesus Garcia, terlepas peluang untuk mendahului selepas minit ke-21 permainan apabila rembatan kaki kanan Hussein Haidar Ali dari luar kotak penalti, tersasar di kiri gawang.

Jordan yang banyak melancarkan serangan balas pantas, hampir menghukum kelekaan benteng pertahanan Iraq selepas Ali Olwan yang membuat larian ke dalam kotak penalti, gagal menyudahkan peluang keemasan apabila rembatan lemahnya diselamatkan penjaga gol Jalal Hassan pada minit ke-29.

Scroll to Top