Piala Dunia: Malaysia berhasrat jadi tuan rumah! “Satu hari nanti” – Zahid

Piala Dunia: Malaysia berhasrat jadi tuan rumah! “Satu hari nanti” – Zahid

Malaysia berhasrat menjadi tuan rumah Piala Dunia iaitu kejohanan bola sepak paling berprestij, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata bukan sahaja sebagai tuan rumah, malah beliau ingin melihat Malaysia layak beraksi sebagai wakil Asia Tenggara dalam kejohanan berkenaan.

“Insya-Allah, satu hari nanti kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia tuan rumah Piala Dunia.
“Mudah-mudahan ketika itu pasukan Malaysia akan menjadi satu daripada pasukan untuk mewakili Asia Tenggara,” katanya.

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi dan program Semarak Subuh di Bangi Square 2, Bangi awal pagi tadi.

Ranking skuad Harimau Malaya meningkatkan dua anak tangga kepada kedudukan ke-136 dunia berbanding 138 sebelum ini, berdasarkan kemas kini dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ratusan peminat bola sepak berkumpul di Bangi Square 2 di sini bagi memeriahkan perlawanan akhir kejohanan paling berprestij dunia membabitkan juara bertahan Argentina dan Sepanyol.

Foto: Bernama

Antara pengisian bersempena dengan perlawanan akhir itu ialah sesi Borak Bola bersama legenda bola sepak negara Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Farizal Marlias dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang dikendalikan Hafizal Hamad.

Sebaik tamat perlawanan, Ahmad Zahid menyertai program Semarak Subuh bersama di Surau Al-Hamidiah sebagai penutup acara.

Sumber: Bernama

Scroll to Top