Piala Futsal Malaysia: Jurulatih Sabah ‘ditumbuk’ pegawai sendiri

Piala Futsal Malaysia: Jurulatih Sabah ‘ditumbuk’ pegawai sendiri
Aksi Filipe dan pegawai pasukannya menarik perhatian di N9 Arena, pada Sabtu.

Aksi Filipe dan pegawai pasukannya menarik perhatian di N9 Arena, pada Sabtu.

PERLAWANAN penentuan tempat ketiga Piala Futsal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah di N9 Arena, pada Sabtu bertukar panas apabila pengendali Sabah, Roger Filipe ‘ditumbuk’ pegawai pasukan sendiri selepas perlawanan.

Sabah yang selesa mendahului 3-1 terlebih dahulu dikejutkan kebangkitan JDT sebelum tumbang 3-4.

Seusai wisel penamat, Filipe yang dipercayai berang meluru ke dalam gelanggang dan cuba ditenangkan pegawai pasukan, namun beliau dipercayai bertindak menyiku pegawai terbabit.

Tindakan itu mengundang tindak balas apabila jurulatih kelahiran Portugal itu ditumbuk sehingga terbaring di atas gelanggang, sekali gus menggemparkan penonton selepas kejadian berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena.

Scroll to Top