16 April 2026 07:31pm
Masa membaca: 4 minit

Selangor FC memperoleh tambahan kuota 200 tiket bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2026
SELANGOR FC memperoleh tambahan kuota 200 tiket bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2026 menentang Kuching City FC (KCFC) selepas sebelum ini peruntukan penyokong pelawat dikurangkan kepada 100 keping.
Pihak pengurusan Selangor sebelum ini menerima keluhan penyokong berhubung jumlah kuota yang terhad, sebelum usaha dilakukan bagi mendapatkan tambahan tiket daripada penganjur.
Dalam masa sama, kelab itu memberi jaminan bahawa tiket yang telah dibeli sebelum ini adalah sah dan tidak akan dibatalkan.
“Semua tiket yang telah dibeli sebelum ini kekal sah dan tidak akan dibatalkan,” menurut kenyataan kelab itu.
Bagi pembelian tambahan, penyokong boleh berurusan dengan wakil Tickethotline Malaysia bermula Khamis.
Selangor FC turut menzahirkan penghargaan kepada penyokong serta mengucapkan selamat perjalanan kepada mereka yang akan hadir memberi sokongan pada aksi di Stadium Negeri, Sabtu ini.



