Piala Sultan Selangor 2024 gamit nostalgia Stadium Merdeka

Piala Sultan Selangor 2024 gamit nostalgia Stadium Merdeka

Abd Karim meninjau kerja-kerja membaikpulih Stadium Merdeka di Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Bernama

STADIUM Merdeka bakal menggamit nostalgia kegemilangan bola sepak tanah air apabila ia dipilih sebagai venue bagi Piala Sultan Selangor 2024 pada 17 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, stadium ikonik itu dipilih untuk penganjuran kejohanan edisi ke-20 tersebut kerana pihak penganjur mahu memberi peluang kepada peminat merasai semula aura kelahiran beberapa legenda bola sepak negara dan Selangor.

Antaranya, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, mendiang Datuk R. Arumugam, Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun.

“Oleh itu, kita kekalkan keadaan Stadium Merdeka seperti asal, (misalnya) tak ada skor digital.