“Pihak Sana Pun Dah Ada Pasangan, Biarlah Saya Bawa Diri” – Mesej ‘Romantik’ Kembali Tular, Muaz Zabir Tenang Hadap Kontroversi 

“Pihak Sana Pun Dah Ada Pasangan, Biarlah Saya Bawa Diri” – Mesej ‘Romantik’ Kembali Tular, Muaz Zabir Tenang Hadap Kontroversi 

Pelakon, Muaz Zabir memilih untuk tidak cepat melatah apabila mesej lama berbaur romantik yang dikaitkan dengannya sebelum ini kembali tular di media sosial.

Kata Muaz, dia sendiri tidak menyedari perkara tersebut kembali dikongsikan di platform TikTok sekali gus enggan memebri perhatian terhadap isu berbangkit itu.

“Saya tak perasan dan tak nak perasan pun. Kalau ada orang tag pun saya rasa benda dah lepas biarkan lepas. Sebelah sana kedua-dua belah sana pun dah ada haluan masing-masing, dah ada pasangan masing-masing. So biarlah saya membawa diri,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan ada pihak yang sengaja mahu melihat dirinya terpalit kontroversi ‘murahan’, Muaz berkata, sudah lumrah manusia tidak lepas daripada perasaan hasad dengki dan iri hati.

“Biasalah kadang-kadang manusia ni kita tahu kita diciptakan dengan hasad dengki, iri hati kan? Mungkin dia orang rasa macam saya sekarang ni terlampau tenang, macam tak ada konflik apa-apa.

“Saya tak ada buat masalah, dan mereka macam ‘Eh padahal dia ni bukannya baik sangat’, mereka akan rasa macam tu. So, dia orang tak ada poin lain, itu saja poin dia orang ada, itu yang dia orang keluarkan.

“Peringatan dan kata-kata buat mereka di luar sana, saya nak cakap terima kasih kerana sentiasa ingat saya. Sebab rasanya bila anda nak jentik saya tu maksudnya anda sayang saya.

“Saya pasti, anda  adalah orang yang nak saya ke depan. Sayaucap terima kasih banyak-banyak. Tapi kalau anda ada niat yang tidak baik, niat yang iri hati, dengki tu, buanglah… sebab benda tu menghitamkan hati sendiri. Bukan menjatuhkan saya. Saya rasa saya survive, Inshaa-Allah,” jelasnya.

Pemilik nama lengkap Muaz Mohamad Zabir, 28, itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Jwanjih Kenyang di Banglo 289, Kuala Lumpur pada, Khamis.

Dalam perkembangan lain, Muaz menjelaskan, belum tiba masanya untuk membawa insan istimewa bertemu keluarga kerana fokusnya kini adalah untuk menggembirakan keluarga terlebih dahulu.

“Laju… itu tak tahu lagi, itu kita tak tahu lagi sejauh mana perancangan itu. Tetapi kalau ada, Muaz akan bawa.

“Tapi setakat ni, belum lagi sebab macam saya cakap, saya rasa belum masanya untuk letak tanggungjawab tu pada keluarga saya. Sebab Alhamdulillah, tahun ni saya nak bawa keluarga jalan-jalan dulu, nak bawa pergi Vietnam, nak bawa mereka pergi jalan-jalan.

“So bila kita bawa ‘tetamu’, keluarga saya akan rasa, saya dah ada tanggungjawab. Jadi saya kena kumpul duit untuk next step….Tapi saya rasa as for this year and next year, saya rasa nak gembirakan keluarga saya terlebih dahulu,” ujarnya.

Scroll to Top