Pilihan ketiga Terbuka Perancis tersingkir

Pilihan ketiga Terbuka Perancis tersingkir

Paris: Harapan pemain nombor tiga dunia, Jessica Pegula untuk meraih kejuaraan sulung Grand Slam berakhir dengan kekecewaan selepas dia tumpas 1-6, 3-6, kepada wakil Belgium, Elise Mertens di pusingan ketiga Terbuka Perancis.

Jessica yang berusia 29 tahun ternyata tidak dapat menandingi persembahan versatil Elise.

Dia yang hanya merangkul dua gelaran Jelajah WTA, tidak pernah melepasi peringkat suku akhir Grand Slam.

“Saya gembira dapat memenangi perlawanan dalam dua set. Dia adalah seorang pemain yang bagus,” kata Elise.

Elise yang pernah mara ke separuh akhir Terbuka Australia, akan berdepan pemenang antara Anastasia Potapova dan Anastasia Pavlyuchenkova.

© New Straits Times Press (M) Bhd