
Aksi Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Raziff atau dikenali Botak pada Kejohanan Berbasikal Dunia 2023 di Glasgow, Scotland. -Foto PKBM
PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) merancang untuk menghantar Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd Raziff berlatih di Pusat Berbasikal Dunia Korea (WCC Korea) susulan potensinya menghadiahkan medal buat skuad BMX negara.
Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, pihaknya telah berhubung dengan pengurusan WCC Korea dan nama juara kebangsaan 2023 itu kini diletakkan dalam senarai menunggu sebagai pelatih di pusat berkenaan.
“Sebelum ini PKBM telahpun menghantar lima pelatih BMX acara Flatland di WCC Korea.
Namun, nama Sheikh Muhammad Taslim tercicir kerana pengurusan WCC Korea hanya ingin pelumba BMX acara Flatland.



