Konflik rumahtangga usahawan pizza kontroversi, Jofliam kembali hangat diperkatakan apabila pengguna Threads dipercayai ibu mentuanya (ibu Dewi) tampil dengan kenyataan penuh sindiran.
Izayati Mustaffa melalui akaun peribadinya memuat naik dua coretan panjang yang seakan menyelar seseorang yang dikatakan terlalu insecure dan sanggup cipta cerita palsu kerana tidak boleh terima kelebihan orang lain.
Netizen dakwa ibu mentua Jofliam sindir Cik Epal?
Menerusi hantaran pertama, Izayati menulis tentang bagaimana rasa tidak yakin diri mendorong seseorang itu untuk melakukan pembedahan plastik seperti liposuction dan tummy tuck hanya untuk mencari pengesahan bahawa dirinya cantik.

Tambahnya, apabila orang lain pula dipuji, rasa tak yakin itu muncul semula dan mula melihat mereka sebagai ancaman.
Apa yang lebih mengejutkan, beliau mendakwa individu itu sanggup mencipta cerita berasaskan penipuan kerana tahu orang ramai akan mempercayainya.
“Sudah diberi peluang, tapi kamu sendiri yang hancurkan segalanya”

Dalam sambungan kepada luahan itu, Izayati turut menyatakan bahawa peluang pernah diberikan kepada individu tersebut untuk membetulkan keadaan.
Namun, ianya tidak dimanfaatkan, malah diburukkan lagi kerana masih terperangkap dalam perasaan lama.
Individu ini turut menyentuh soal penyesalan apabila sudah terlepas orang yang pernah menyayangi.
Walaupun nama tidak disebut secara langsung, ramai yang membuat andaian bahawa kenyataan ini berkemungkinan ditujukan kepada bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal.

