Plat baharu BRK ada baur lucu jadi bahan warganet

Plat baharu BRK ada baur lucu jadi bahan warganet

PUTRAJAYA: Selepas pernah tular dengan plat BRA pada tahun lalu kerana bunyinya agak seksis, kini siri pendaftaran kenderaan darat di Selangor sekali lagi jadi tumpuan.

Apa tidaknya, plat BRK yang bakal dibuka oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai esok dikatakan menyerupai singkatan huruf dalam bahasa Melayu agak kelakar.

Malahan hantaran hebahan awam mengenai bidaan plat itu yang disiarkan menerusi laman sosial rasmi agensi tersebut tular diperkatakan dalam kalangan warganet tempatan dan cuba menafsirkan singkatan huruf berkenaan mengikut pandangan masing-masing.

JPJ pula menerusi hantaran itu berkata, proses pembidaan siri BRK hanya berlangsung selama lima hari melalui pautan https://jpjebid.jpj.gov.my sebelum keputusan para pemenangnya diumumkan pada 10 April depan.

Baki nombor yang tidak dibida oleh sesiapa pula akan mula dibuka kepada awam sejurus siri pendaftaran BRJ tamat dan ketika ini plat semasa negeri berkenaan masih lagi BRH. – UTUSAN

Scroll to Top