Trending
MCMC umum peraturan baharu, platform media sosial 8 juta pengguna ke atas dianggap berlesen mulai 2026.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang lesen di bawah Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)).
Menurut laporan Bernama, langkah itu dilaksanakan menerusi pengetepian formaliti pendaftaran di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Peruntukan Deeming).
Pelaksanaan Peruntukan Deeming ini melibatkan platform besar termasuk:
- Telegram
- TikTok
- YouTube
Menurut MCMC, peraturan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
MCMC kukuhkan undang-undang dan lindungi pengguna

MCMC menjelaskan langkah ini bertujuan memastikan semua penyedia perkhidmatan berskala besar:
- Beroperasi dalam kerangka perundangan negara
- Dikawal selia secara teratur, konsisten dan berkesan
- Memikul tanggungjawab lebih jelas terhadap keselamatan pengguna
Pendekatan ini juga selaras dengan kerangka pelesenan baharu yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025, khususnya bagi melindungi kanak-kanak dan keluarga.
Platform global kekal beroperasi seperti biasa

MCMC menegaskan bahawa penyedia perkhidmatan terlibat akan terus beroperasi menerusi platform global masing-masing tanpa gangguan.
Pendekatan ini sejajar dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar.
Penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) pula akan kekal berdaftar, dan pelaksanaan baharu hanya bermula selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.
Pssttt! Dunia digital perlukan kawalan seiring kebebasan. Gunakan media sosial secara berhemah dan lindungi diri serta keluarga daripada risiko dalam talian.
Kredit: Bernama
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




