Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang sempurna.
Tetapi, ketika ramai memilih jalan populis dan selamat, Anwar memilih jalan sukar merombak subsidi boros, menghapus projek rundingan terus, membuka pintu tender telus, menstruktur semula kewangan negara.
Menerusi komentarnya yang disiarkan Sinar Harian, Ismail berkata semua usaha tersebut bukan langkah memenangi hati rakyat, tetapi menyelamatkan negara.
PM Anwar bukan pemimpin sempurna

Foto: Suara Keadilan
Jelasnya lagi, dalam melaksanakan perubahan, kebijaksanaan kepimpinan sangat diperlukan kerana jika perubahan dilakukan terlalu laju negara boleh tersungkur, jika terlalu lambat negara akan ketinggalan.
“Namun, dalam zaman media sosial dan algoritma kemarahan, kita lebih mudah menekan butang celaan daripada menilai dengan hikmah. Kita lupa bahawa tidak ada pemimpin yang akan kelihatan sempurna dalam tempoh yang singkat.
“Yang diperlukan adalah thiqah, kepercayaan tulus bahawa seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan bekerja keras patut diberi ruang, bukan dihakimi berdasarkan naratif lawan yang belum tentu punya niat membina.
“Ketika kita ghairah mencari pemimpin sempurna, kita sebenarnya sedang kehilangan pemimpin yang terbaik. Kerana pemimpin terbaik selalunya tidak datang dengan gemerlapan janji, tetapi dengan kejujuran tindakan yang kadang-kala menyakitkan tetapi menyembuhkan.
“Inilah paradoksnya: Kesempurnaan seorang pemimpin bukan terletak pada siapa dia, tetapi pada sejauh mana rakyat menyempurnakannya dengan thiqah,” ujarnya.
Artikel lain: Pelaksanaan SST: Kerajaan MADANI buktikan strategik bijak, contoh terbaik tadbir urus
PM Anwar bukan pemimpin sempurna

Foto: CNA
Ismail menjelaskan, pemimpin hebat tidak akan mampu melakar sejarah jika rakyat di belakangnya retak dengan curiga, terpalit dengan hasad, dan mabuk dengan emosi politik.
“Maka tibalah masanya sebagai rakyat, membezakan antara tuntutan dan tanggungjawab. Kita boleh menuntut kesempurnaan, tetapi lebih bijak jika menjadi sebahagian daripada proses penyempurnaan itu dengan menyumbang thiqah, sokongan dan doa,” tambahnya lagi.
Sumber: Sinar Harian (Ismail Yusop)