PM Anwar sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok, bakal umum ikhtiar penting

PM Anwar sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok, bakal umum ikhtiar penting

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang esok.

Anwar berkata, beliau akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam amanat berkenaan yang menyentuh kebimbangan serta kehidupan rakyat.

PM Anwar sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok, bakal umum ikhtiar penting

Beliau berkata, amanat itu boleh ditonton secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.

“Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan.
“Ayuh kita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan membugar semangat perpaduan dan menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya, hari ini.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Scroll to Top