Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, bertakbir raya bersama-sama jemaah di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini, sempena Aidiladha yang akan disambut esok.
Laungan takbir dipimpin Imam Mustafa Kamal Abdullah itu diadakan selepas solat Jumaat dan disertai lebih 500 jemaah.
Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Arafah’ yang disampaikan Mustafa Kamal.
Terdahulu, Anwar yang lengkap berbaju Melayu kelabu tiba di masjid itu, 1 tengah hari selepas menjamu selera di Restoran Pak Zain Patin di Jalan Kampung Orang Asli Bukit Dugang di Dengkil, dekat sini.
Beliau turut menyantuni pekerja restoran di bahagian dapur serta pelanggan yang menjamu selera.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
© New Straits Times Press (M) Bhd