Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertu rakyat kekal bersatu dan menegaskan kemajuan yang dikecapi negara ketika ini wajar menjadi kebanggaan bersama.

Seru rakyat kekal bersatu
Memetik laporan daripada Buletin TV3, beliau menyatakan kejayaan ini tidak seharusnya terhakis oleh sentimen tertentu yang boleh menggugat perpaduan.
“Kita lihat dari angka dari tahun lalu, akhir ini ternyata kita catat kemajuan jauh membanggakan kerana kerjasama semua pihak, semua rakyat, semua kaum dari orang politik. penjawat awam, peniaga, pedagang penjaja, semua ada sumbangan.
“Pertamanya, negara ini aman, keduanya kita ada semangat muafakat bersama. Ketiganya kita kerja, tiada negara berjaya kalau kita gaduh-gaduh terus,” katanya.

Rakyat diseru kekal bersatu supaya negara terus berjaya
Mengulas lanjut, Anwar menyatakan, sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan perlu terus disemarakkan dengan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
“Tiada negara berjaya kalau kita tak fokus dalam kerja kita dalam semua bidang. Tidak ada negara mampu berjaya kalau tidak ada semangat bekerjasama, tolak ansur, angkat, semua kaum semua agama dan semua lapangan masalah.
“Jadi Tahun Baru Cina ini kita sambut bersama menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan kita, jadi saya nak mulakan ucapkan Selamat Tahun Baru Cina,” ujarnya.

Artikel lain: PM Anwar ucap Gong Xi Fa Cai! Kekalkan keharmonian, tolak prasangka
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Sumber: Buletin TV3 (Fareez Azman)



