PM arah MCMC siasat penafian Muhyiddin berhubung subsidi RON95

PM arah MCMC siasat penafian Muhyiddin berhubung subsidi RON95

saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat penafian Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95

“Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengambil maklum kenyataan penafian itu.

“Sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, Perdana Menteri mengarahkan MCMC menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” kata kenyataan dikeluarkan PMO di sini, hari ini.

Dalam Sidang Dewan Rakyat semalam, Anwar dilaporkan berkata, beliau menerima laporan ada ahli Parlimen pembangkang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi.

Sehubungan itu, Muhyiddin menerusi satu perkongsian di media sosial menafikan pernah mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) konsisten sejak dahulu bahawa manfaat pelaksanaan subsidi harus diberikan keutamaan terhadap kepentingan rakyat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top