PM Australia sahkan aset ketenteraan dikerah ke Asia Barat

PM Australia sahkan aset ketenteraan dikerah ke Asia Barat

CANBERRA – Perdana Menteri, Anthony Albanese pada Khamis mengesahkan bahawa Australia telah mengerahkan aset ketenteraan ke Asia Barat bagi membantu proses penghantaran pulang rakyatnya, lapor Xinhua.

Ketika berucap di Parlimen, Albanese berkata, kerajaan telah mengerahkan aset ketenteraan ke Asia Barat pada awal minggu ini sebagai sebahagian daripada rancangan luar jangka untuk membantu rakyat Australia yang terkandas di rantau itu susulan gangguan perjalanan meluas akibat konflik yang sedang berlaku.

Media tempatan melaporkan bahawa aset ketenteraan yang dikerahkan ke Asia Barat terdiri daripada sebuah pesawat pengangkut dan sebuah pesawat pengisian bahan api.

Kerajaan pada Rabu mengumumkan bahawa ia mengerahkan enam pasukan tindak balas krisis daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ke Asia Barat bagi menyediakan bantuan konsular tambahan kepada rakyatnya.

Australia mempunyai seramai 115,000 rakyat di Asia Barat, dengan kira-kira 24,000 berada di Emiriah Arab Bersatu, menurut laporan media tempatan. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Anthony Albanese mengumumkan penghantaran aset ketenteraan Australia ke Asia Barat
  • Ini untuk membantu proses penghantaran pulang rakyat Australia yang terkandas akibat gangguan perjalanan
  • Aset ketenteraan yang terlibat termasuk sebuah pesawat pengangkut dan sebuah pesawat pengisian bahan api
  • Enam pasukan tindak balas krisis dikerahkan ke Asia Barat untuk menyediakan bantuan konsular
  • Seramai 115,000 rakyat Australia berada di Asia Barat, dengan 24,000 daripadanya di Emiriah Arab Bersatu
Scroll to Top