PM cadang Hari Budaya di Dataran Kerayong

BERA – Perdana Menteri mencadangkan Hari Budaya diadakan setiap hujung minggu di daerah itu.

Datuk Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera berkata,
Dataran Kerayong di sini berpotensi untuk dijadikan lokasi aktiviti kebudayaan.

“Saya yakin ramai pelancong yang datang ke Bera boleh tengok pertujukkan kebudayaan tetap anjuran Persatuan Budaya Bera.

“Ia boleh promosi produk budaya kepada para pelancong luar negeri jika Hari Budaya diadakan setiap minggu di Bera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera 2021 Yang berlangsung selama dua hari bertempat di Felda Kumai, Triang hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program sentuhan komuniti yang mengangkat dan memperkukuhkan nilai-nili murni dan semangat kerjasama dala Keluarga Malaysia di Bera.

“Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berlangsung pas

“Program yang mendapat sambutan Persatuan Wau dan Layang-layang Pahang (PELAYANG), Tourism Pahang serta Felda Kumai, Bera.

“Ia sekaligus mempromosikan produk usahawan seni dan budaya yang berpotensi diketengahkan di bawah industri pelancongan budaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Nancy, sebanyak RM71,900 telah diperuntukkan kepada sembilan buah persatuan seni budaya di Pahang.

Dalam pada itu, seramai 22 orang pemain industri turut menerima sumbangan Bantuan Prihatin Penggiat Seni Pahang yang terkesan akibat pelnularan Covid-19 disampikan oleh aperdana Menteri.

Manakala Anugerah Seni diterima oleh Roslan Madun yang merupakann Maestro Syair Nusantara dan kepada lima lagi Anugerah Penggiat Seni. – MalaysiaGazette