PM tinjau kebakaran saluran paip gas

PM tinjau kebakaran saluran paip gas

am@hmetro.com.my

Subang Jaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pos kawalan kebakaran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, petang ini.

Beliau tiba sekitar 4.57 petang, disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan dimaklumkan perkembangan bencana yang berlaku.

Turut hadir Ketua Pengarah Nadma Datuk Khairul Shahril Idrus dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

Harian Metro melaporkan hari ini, sebanyak 190 unit rumah, 148 kereta dan 11 motosikal mengalami kerosakan akibat kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dilaporkan berkata, setakat 3.40 petang ini, pemadaman kebakaran masih dilakukan dan api hampir padam.

Maklumat terkini kebakaran saluran gas di Putra Heights

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top