PM ucap tahniah kepada Amer Harris

PM ucap tahniah kepada Amer Harris

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan pelumba negara, Amer Harris Jefry muncul juara pada perlumbaan pusingan empat Hyundai N Cup 2024 di Zhuhai, China, semalam mendapat ucapan tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amer, 25, menjuarai perlumbaan anjuran divisyen prestasi Hyundai itu pada pusingan yang berlangsung sempena perlumbaan lasak Shanghai 8 Hours di Litar Antarabangsan Zhuhai, China.

“Tahniah pelumba muda negara, saudara Amer Harris Jefry yang menjulang kejuaraan di Hyundai N Cup di Zhuhai, China semalam,” tulis Anwar dalam laman sosial Facebook rasminya.

“Kecemerlangan anak muda ini yang mendapat dukungan kukuh keluarganya perlu membakar semangat atlet-atlet negara, khususnya yang sedang meningkat naik untuk terus berusaha keras hingga mencapai kejayaan dan mengharum nama negara.”

Memulakan langkah ke alam profesional sejak usia 11 tahun pada tahun 2014 menerusi penyertaan dalam perlumbaan go-kart di peringkat Asia seperti RotaxAsia Max, X30 SEA, RokCup & AKOC, antara kejayaan yang diraih Amer adalah muncul juara keseluruhan kejuaraan berkenaan pada tahun 2016.

Selain kejuaraan Hyundai N Cup, Amer turut beraksi dalam beberapa lagi kejuaraan antaranya Thailand Super Series Supercar GT4 pada tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top