PM ucap tahniah kepada Zii Jia

PM ucap tahniah kepada Zii Jia

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia atas kejayaannya meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Zii Jia menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.

“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!” kata Perdana Menteri melalui akaun X.

Ia adalah pingat kedua yang dimenangi Malaysia, selepas beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang gangsa, semalam selepas menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perebutan pingat gangsa.

Dalam aksi sebentar tadi, Zii Jia, yang juga pemain nombor tujuh dunia bangkit daripada tewas set pertama 13-21, sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11.

Ini menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaian di Sukan Olimpik Tokyo apabila berjaya mara sehingga ke pusingan 16 sebelum tewas di tangan pemenang pingat perak dari China, Chen Long 21-8, 19-21, 5-21.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top