PM ucap takziah, kemalangan ragut nyawa pelajar tingkatan satu perlu jadi iktibar

PM ucap takziah, kemalangan ragut nyawa pelajar tingkatan satu perlu jadi iktibar

ercy.gracella@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang meninggal dunia dipercayai dilanggar kenderaan di kawasan sekolah, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook beliau turut mendoakan kesembuhan segera buat seorang lagi pelajar yang cedera.

“Tragedi ini harus menjadi iktibar dan peringatan kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan yang dilakukan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas di Kelantan meninggal dunia selepas dilanggar kenderaan dipandu wanita dalam kawasan sekolah.

Kejadian berlaku pada 1.50 tengah hari ketika Nur Fatimatul Hawa, 13, sedang memakai kasut selepas selesai solat Zohor berjemaah, manakala seorang lagi pelajar cedera kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu (HRPZ II).

Polis dilapor berkata, tragedi berlaku apabila pemandu wanita didakwa tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan terbabas hingga melanggar dua mangsa berkenaan.

Pemandu wanita didakwa tertekan pedal minyak, rempuh pelajar hingga maut – polis

Pelajar maut dilanggar di sekolah, KPM laksana siasatan dalaman

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top