PM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Nawab

PM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Nawab

ercy.gracella@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tokoh Seniman Negara, Tan Sri Datuk Seri Ahmad Khan Nawab Khan, yang meninggal dunia, petang tadi.

Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook, menyifatkan Ahmad atau dikenali Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul tetapi seseorang memiliki jiwa seni yang menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya puitis yang penuh keindahan dan makna.

“Negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air, bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan di dalam masyarakat kita.

“Jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai legenda yang tiada galang gantinya.

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan ruh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya.

Ahmad, 92, meninggal dunia di kediaman di Taman Melewar, Batu Caves di sini, pada jam 3.15 petang tadi.

Berita sedih pemergian Allahyarham disahkan cucunya, Khairul Hafis Khan yan memaklumkan datuknya tidak mempunyai penyakit kronik, namun keadaannya lemah selepas dibenarkan pulang selepas rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu.

Katanya, pengebumian arwah datuknya bakal disempurnakan, pagi esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top