PMX Anggap Negara Luar Hipokrit Berhubung Isu Palestin | Oh! Media

PMX Anggap Negara Luar Hipokrit Berhubung Isu Palestin | Oh! Media

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Malaysia tetap akan bersuara untuk melawan Israel meskipun negara kecil.

Perkara itu dinyatakan PMX sewaktu ditemu ramah oleh wartawan terkenal dari United Kingdom, Mehdi Hassan bersama Agensi Berita Zeteo di Kuala Lumpur.

Saya telah menghadiri sesi dengan PLO sewaktu zaman Yasser Arafat. Jadi ini bukan perkara baru bila saya berdiri membela Palestin.

PMX juga memaklumkan banyak negara barat yang hipokrit dalam mengutuk tindakan Palestin sehingga membuatkan beliau berasa terkejut.

Malaysia ialah negara kecil tetapi kami membawa suara orang yang mempunyai kesedaran di dunia dan suara majoriti rakyat Malaysia (Dalam menyokong Palestin)

Kesimpulannya, PMX menganggap pentadbiran Amerika Syarikat hipokrit kerana meminta untuk gencatan senjata namun tetap memberi senjata kepada Israel.

Scroll to Top