Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman selepas mengalami kerugian besar.
Selaku Pengerusi, saya telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.
Arahan Tegas Dari PMX

Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik.
Selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing.
Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mulakan siasatan tentang kerugian besar yang dialami Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam pelaburan Fashion Valet.
