Oh! Negara
PM Anwar Ibrahim tegaskan GST tak akan dilaksana buat masa ini kerana gaji rakyat masih rendah.
Walaupun GST pernah dianggap sebagai sistem cukai paling efisien dan telus, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia tak sesuai dilaksanakan semula, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.
Bercakap dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, Anwar menjelaskan pendapatan rakyat yang masih rendah menjadi punca utama kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai ini.
“Ramai masih bergaji bawah RM2,000”- PMX.

Saya masih ingat ketika menjadi Menteri Kewangan dulu, saya nyatakan di Parlimen bahawa GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus, namun saya terpaksa tangguhkan kerana pendapatan rakyat ketika itu terlalu rendah.
Tapi sekarang, gaji RM1,700 (gaji minimum), RM2,000 masih ramai. Maka keputusan tidak laksana cukai ini dibuat demi rakyat bawahan.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menyarankan supaya kerajaan mengembalikan GST kerana percaya ia lebih efisien dan mampu bantu golongan B40 mengurus kos sara hidup yang makin tinggi.
Tapi jelas sekali, kerajaan kekal dengan keputusan untuk tidak melaksanakannya semula buat masa ini.
Cukai SST masih jadi pilihan kerajaan…

Sebagai alternatif kepada GST, kerajaan kini memilih untuk memperluas skop dan semakan ke atas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Langkah ini diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi meningkatkan hasil negara tanpa membebankan rakyat secara langsung.
Pssttt! Keputusan untuk tidak laksana semula GST mungkin beri sedikit kelegaan kepada rakyat bawahan. Tapi persoalannya, sampai bila kita boleh tangguh sistem cukai yang lebih efisien ni? Mungkin bukan sekarang, tapi kerajaan kena pastikan pendapatan rakyat naik dulu sebelum fikir nak kutip lebih banyak. Biar adil, baru rakyat sedia beri semula.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!