Tular di media sosial hari ini rakaman video menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin parti politik yang lain bersalaman ketika bertemu di ‘Istiadat Pengebumian Negara’, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Netizen meluahkan rasa gembira melihat para pemimpin berdiri satu saf menunaikan solat jenazah buat Allahyarham Pak Lah.
Para pemimpin parti politik bersalaman mesra
Pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri turut meluahkan harapan agar umat Islam bersatu dalam satu barisan yang kukuh demi melihat Islam kembali bangkit dan disegani dunia.
PU Syed mahu lihat satu barisan padu, bukan lagi berpecah-belah
Menerusi video yang dikongsi di Instagram, PU Syed menggambarkan bagaimana penyatuan pemimpin Islam dapat menjadi permulaan kepada kekuatan umat.
Menurut beliau, inilah sebenarnya gambaran yang rakyat umat Islam inginkan iaitu perpaduan atas nama agama.
Dalam kapsyen yang penuh emosi itu, PU Syed mempersoalkan adakah harapan untuk melihat para pemimpin Islam bersatu dalam satu saf dan barisan akan menjadi kenyataan.
Beliau menyuarakan kekecewaan apabila melihat bagaimana harta, pangkat dan kebergantungan kepada pengikut menjadi penghalang utama kepada penyatuan umat.
Selagi kebergantungan terhadap harta, pangkat dan pengikut, maka kesatuan takkan boleh tercapai..
Beliau turut mendoakan agar para pemimpin umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia disatukan oleh Allah SWT demi masa depan Islam yang lebih cemerlang.