PMX Kutuk Serangan Ke Atas Anak Rafizi Ramli

PMX Kutuk Serangan Ke Atas Anak Rafizi Ramli

Oh! Negara

PMX kutuk serangan anak Rafizi Ramli dan mahu siasatan telus serta pantas.


Korang bayangkan, tengah nak balik dari pusat beli-belah, tiba-tiba anak bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, kena serang dengan jarum suntikan.

Memang gila! Kes ni jadi dekat Putrajaya dan buat ramai naik angin, termasuklah Perdana Menteri sendiri.

PMX kutuk budaya melampau hingga libatkan anak Rafizi Ramli…

Pmx

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal bila dengar berita ni. Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita.

Kita menzahirkan rasa dukacita kerana sudah ada budaya agak melampau dalam negara kita, selain buli, kemudian kematian dan kini anak Ahli Parlimen Pandan menerima serangan.

Beliau memaklumkan telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Ketua Polis Negara untuk pastikan siasatan dibuat segera.

Saya beri jaminan bahawa apa yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan dengan cara yang telus.- Tegasnya.

Siasatan untuk hentikan budaya jahat…

Rafizi Ramli

Anwar tekankan, tindakan kali ini bukan sekadar untuk menangkap pelaku, tetapi untuk hentikan terus budaya berbahaya ini.

Bukan sahaja untuk mengambil tindakan, tetapi menghentikan budaya yang jahat ini.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kejadian berlaku pada Selasa, sekitar jam 1.45 petang. Isteri dan anaknya baru masuk kereta sebelum seorang individu tiba-tiba menarik anaknya dan mencucuk jarum suntikan.

Hasil siasatan awal mendapati dua lelaki berpakaian serba hitam, bertopi keledar penuh dan menutup muka, menaiki motosikal sambil mengekori kereta isterinya. Difahamkan, mereka sudah menunggu masa sesuai sebelum bertindak.

Pssttt! Korang, kes ni memang buat kita rasa tak selamat. Ohmedia nak pesan, walau kat mana pun kita berada, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Kalau ada orang mencurigakan ikut dari belakang, cepat-cepat masuk ke kawasan selamat atau hubungi polis. Lebih baik berjaga awal daripada menyesal kemudian.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top