Kerajaan hari ini mengumumkan khabar gembira menjelang Aidilfitri apabila Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 bakal diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
Menerusi kenyataan beliau, pesara kerajaan juga tidak dilupakan apabila turut menerima BKK Aidilfitri sebanyak RM250.
Peruntukan BKK Aidilfitri itu membabitkan sekitar RM1 bilion.- Kata PMX ringkas kepada media.
Duit raya akan disalurkan minggu depan…

Difahamkan, bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bermula minggu hadapan sebagai langkah untuk meringankan beban kewangan rakyat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa minggu lagi.
Pengumuman ini disambut baik oleh seluruh warga penjawat awam yang sudah tentu menantikan sokongan kewangan tambahan bagi membuat persiapan perayaan.
#ApaKataOhmedia
Alhamdulillah, bantuan khas ini sememangnya datang tepat pada masanya. Bagi yang menerima, gunakanlah sebaik mungkin untuk keperluan yang penting, terutama dalam menyediakan kelengkapan hari raya.
Berbelanjalah dengan bijak dan bersederhana, kerana Aidilfitri bukanlah tentang kemewahan, tetapi tentang kesyukuran dan kebersamaan.