KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan perintah Mahkamah Tinggi yang menangguhkan pelaksanaan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap pendaftarannya.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Agung Pas di sini malam Ahad.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kedudukan PN yang boleh kembali beroperasi seperti biasa berikutan perintah mahkamah berkenaan.
“Disebabkan PN ‘is back’, kita memutuskan untuk menggunakan logo PN dalam PRN Melaka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.
AKAN MENYUSUL



