POCO Lancar Siri F9 dan X8, tawar prestasi flagship serta bateri tahan lebih dua hari

POCO Lancar Siri F9 dan X8, tawar prestasi flagship serta bateri tahan lebih dua hari

POCO secara rasmi melancarkan Siri POCO F9 yang merangkumi POCO F9 Ultra dan POCO F9 Pro bagi pasaran Malaysia, selain memperkenalkan POCO X8 sebagai model yang memfokuskan ketahanan bateri, paparan lebih besar dan pengalaman penggunaan harian yang dipertingkatkan.

Dibangunkan untuk prestasi terbaik, Siri POCO F9 membawa lonjakan teknologi yang ketara dalam pengalaman permainan mudah alih, selain menawarkan peningkatan menyeluruh dari segi paparan, sistem kamera dan hayat bateri, sekali gus menampilkan kecemerlangan flagship dalam setiap aspek.

Keseluruhan Siri POCO F9 direka bagi memenuhi jangkaan pengguna yang semakin pelbagai dengan menawarkan prestasi maksimum serta nilai yang tinggi.

Dari segi prestasi, POCO F9 Ultra dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Mobile Platform dan mencatat skor tertinggi pernah direkodkan oleh telefon pintar POCO.

Kedua-dua model dalam siri berkenaan juga menggunakan cip grafik khusus VisionBoost D8, membolehkan kadar bingkai sehingga 185FPS untuk pengalaman permainan yang lebih lancar dan responsif.

Siri F9 juga hadir dengan paparan HyperRGB AMOLED 185Hz, kamera utama 200 megapiksel (MP) dengan penstabil imej optikal (OIS), bateri sehingga 8,050mAh pada model Ultra, pengecasan 100W HyperCharge serta sistem audio yang ditala menggunakan teknologi Sound by Bose.

Pengurus Kanan Pemasaran Produk dan Jurucakap POCO Global, Kang Lou berkata, syarikat kekal komited mencabar kebiasaan menerusi teknologi dan inovasi ketika terus mengukuhkan kedudukan dalam segmen flagship premium.

“Ketika POCO terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen flagship premium, kami kekal komited mencabar kebiasaan menerusi teknologi dan inovasi.

“Dengan POCO F9 Ultra, kami membawakan prestasi tertinggi melalui teknologi terkini dan inovasi gaming, manakala POCO F9 Pro menggabungkan kuasa permainan bertaraf flagship dengan pengalaman yang seimbang dan serba boleh untuk lebih ramai pengguna. Bersama-sama, Siri POCO F9 direka bagi memenuhi jangkaan pengguna yang semakin pelbagai dan menuntut prestasi maksimum serta nilai luar biasa,” katanya.

Sementara itu, POCO X8 tampil sebagai pilihan untuk pengguna yang mengutamakan ketahanan bateri dan penggunaan sepanjang hari.

POCO Lancar Siri F9 dan X8, tawar prestasi flagship serta bateri tahan lebih dua hari

POCO X8 tampil sebagai pilihan untuk pengguna yang mengutamakan ketahanan bateri dan penggunaan sepanjang hari.

Model tersebut dilengkapi bateri 8,340mAh, peningkatan 63.2 peratus berbanding generasi terdahulu yang mampu memberikan hayat bateri melebihi dua hari dengan sekali cas.

Telefon pintar itu turut menyokong 67W HyperCharge dan 22.5W pengecasan songsang berwayar, membolehkan ia berfungsi sebagai bank kuasa mudah alih untuk mengecas peranti lain ketika dalam perjalanan.

POCO X8 dilengkapi paparan 6.83 inci 1.5K ultra terang, memberikan ruang tontonan yang lebih luas untuk hiburan, permainan dan penggunaan harian.

Dari aspek ketahanan fizikal, model berkenaan dilengkapi penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K untuk perlindungan daripada air dan habuk, selain menjadi telefon POCO pertama yang memperkenalkan Underwater Mode bagi membolehkan pengguna merakam foto dan video di dalam air.

Bagi fotografi, POCO X8 menggunakan kamera utama 50MP dengan sokongan OIS dan EIS serta kamera hadapan 16MP, di samping pelbagai ciri suntingan berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti AI Erase Pro, AI Image Enhancement dan AI Glare Removal untuk menghasilkan imej yang lebih berkualiti.

Dengan pelancaran Siri F9 dan X8, POCO menawarkan pilihan telefon pintar yang merangkumi prestasi flagship untuk peminat gaming serta model berdaya tahan tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna harian.

 

 

Scroll to Top