Pogacar menang peringkat ketujuh TdF

Pogacar menang peringkat ketujuh TdF

Paris: Juara bertahan dan pemenang tiga kali, Tadej Pogacar, mempamerkan kehebatan sebenar apabila muncul juara peringkat ketujuh  Tour de France (TdF) sekali gus merampas semula jersi kuning kedudukan keseluruhan.

Di belakang juara dari Slovenia itu, pelumba Denmark Jonas Vingegaard menduduki tempat kedua dalam laluan berbukit sejauh 197  kilometer (km) yang bermula di Saint-Malo dan berakhir di Mur de Bretagne Guerledan.

Manakala pelumba Scotland, Oscar Onley, mengisi podium ketiga.

Dalam kedudukan keseluruhan selepas tamat peringkat ketujuh, Pogacar kini mengungguli carta diikuti pelumba Belgium, Remco Evenepoel, pada kedudukan kedua, dan pelumba Perancis, Kevin Vauquelin, di tempat ketiga.

Peringkat kelapan akan menyusul hari ini dengan laluan rata sepanjang 171.4 km dari Saint Meen-le-Grand ke Laval Espace Mayenne.

Perlumbaan berprestij ini akan menamatkan cabarannya di Paris pada 27 Julai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top