KUALA LUMPUR – Paul Pogba mula membuka mulut apabila mendakwa Manchester United tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya walaupun dua tawaran sebelum itu dianggarkan bernilai 300,000 pound (RM1.59 juta) seminggu.
Pendedahan itu dibuat Pogba menerusi dokumentari berjudul ‘Pogmentary’ yang akan disiarkan hari ini, lapor Athletic.
Menerusi dokumentari itu, Pogba memberitahu, United dua kali memberikan tawaran kontrak baharu kepada dirinya, lebih tinggi berbanding gajinya sebanyak 290,000 pound (RM1.53 juta) seminggu yang diterimanya ketika ini, sekali gus menjadikan dia pemain menerima gaji tertinggi di dunia.
Dalam pratonton dokumentari berkenaan, Pogba yang memberi reaksi kepada bekas ejennya, Mino Raiola memberitahu tawaran kedua yang diberikan United Julai lalu disifatkan sebagai tiada apa-apa berbanding Roll-Royce yang dimilikinya.
“Bagaimana anda memberitahu pemain yang anda betul-betil mahukan khidmatnya dan tidak memberi apa-apa tawaran? Tidak pernah lagi saya jumpa kelab sebelum ini,” katanya.
Pengurus United ketika itu, Ole Gunnar Solskjaer yang diberikan tawaran lanjutan kontrak selama tiga tahun pada Julai 2021 berjanji akan membentuk pasukan yang boleh beraksi bersama pemain tengah berbakat berkenaan.
United beberapa kali berusaha untuk mengekalkan Pogba di Old Trafford tetapi akhirnya akur untuk melepaskan pemain antarabangsa Perancis itu.
Pogba bakal dilepaskan apabila kontraknya bersama United tamat pada musim panas dan dijangka menyertai bekas kelabnya, Juventus. – https://theathletic.com/3359619/2022/06/16/pogmentary-paul-pogba-manchester-united/