mhafis@mediaprima.com.my
Gombak: Hujan lebat petang tadi menyebabkan pokok tumbang di laluan menghala Sungai Pusu di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 6.10 petang dan jentera tiba 32 minit kemudian.
Menurutnya, seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian yang jaraknya 10 kilometer (km).
“Sebaik tiba mendapati sebatang pokok tumbang dan menghalang jalan, namun tidak membabitkan mangsa dan (rosakkan) struktur jalan.
“Kerja-kerja pembersihan kemudian dilaksanakan dan selesai selepas itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd