Polis bongkar sindiket lombong bitcoin

Polis bongkar sindiket lombong bitcoin

bhnews@bh.com.my

KULIM: Sebanyak 393 mesin melombong bitcoin dirampas dalam serbuan pada dua premis di daerah ini, hari ini.

Serbuan dilakukan jam 2 petang oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dengan dibantu pasukan siasatan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dua premis yang beroperasi sejak tujuh bulan lalu itu menyebabkan TNB kerugian RM840,000.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, berkata, siasatan mendapati terdapat penyambungan haram dilakukan sindiket untuk mencuri elektrik.

“Siasatan lanjut mendapati akaun TNB di premis berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan media, malam ini.

Beliau berkata, TNB mengambil tindakan memutuskan bekalan elektrik dan penyambungan haram di premis berkenaan.

“Kita sedang mengesan individu atau pemilik premis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Semua peralatan digunakan sindiket dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 426 KK.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top