Polis buka siasatan 2 pelajar perempuan bergaduh

Polis buka siasatan 2 pelajar perempuan bergaduh

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Gombak: Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima.

“Pergaduhan itu antara pelajar perempuan dan siasatan awal mendapati kejadian hanya membabitkan dua pelajar sahaja.

“Pergaduhan itu berlaku dipercayai disebabkan provokasi satu pihak yang menuduh pihak satu lagi menjaja cerita tidak benar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (Gaduh Gempar) dan tiada tangkapan dilakukan dalam kes ini.

“Siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top