mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Polis memburu tiga lelaki disyaki terbabit dalam insiden serangan ke atas wartawan senior dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol di Jalan Telawi, Bangsar di sini, hari ini.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan kejadian itu pada 4 petang.
Katanya, akibat serangan, mangsa cedera pada bahagian muka, tangan dan badan kerana terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri.
“Suspek belum dikenal pasti, (dan) tindakan memburu dan mengesan mereka masih diteruskan oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Adnan Alias di talian 019-2162272 atau talian Hotline Polis Daerah Brickfields 03-2297 9222, mahupun Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai plis yang berhampiran.
Terdahulu, media melaporkan Haresh mendakwa diserang dua individu bermotosikal ketika berjalan ke keretanya yang diparkir di kawasan Bangsar. Selain itu terdapat seorang individu didakwa merakam video dirinya diserang.
Beliau berkongsi insiden berkenaan di aplikasi X miliknya, sekali gus meraih perhatian pelbagai pihak yang mengecam tindakan keganasan ke atas wartawan.
Berita berkaitan
Majlis Media Malaysia pandang serius insiden Haresh Deol
Penyerang ambil gambar selepas saya terjatuh – Haresh
SAM kecam serangan ke atas Haresh, tuntut siasatan segera
© New Straits Times Press (M) Bhd




