am@hmetro.com.my
Kajang: Dua lelaki kini sedang diburu polis susulan kehilangan motosikal Yamaha 135 LC di kawasan parkir kenderaan sebuah pangsapuri di Beranang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.29 petang, semalam
Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati dua lelaki yang belum dikenal pasti dipercayai melakukan perbuatan berkenaan.
“Susulan itu, tindakan mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan ketika ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurutnya, orang awam dinasihatkan untuk menggunakan kunci tambahan bagi mengurangkan risiko kecurian motosikal.
“Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243 atau pegawai penyiasat, Sarjan P Sarmaditalian 019-3296634,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna akaun Thread berkongsi hantaran yang meminta bantuan orang ramai berhubung kehilangan motosikal suaminya dengan turut berkongsi tangkap layar rakaman video CCTV dipercayai suspek.
© New Straits Times Press (M) Bhd




