Polis buru 'Harry Kane'

Polis buru 'Harry Kane'

London: Harry Kane mungkin sudah menemui ‘kembarnya’ selepas lakaran wajah penjenayah terbabit rompakan didedahkan polis semalam.

Kapten England itu menjadi tular di media sosial di atas sebab tidak sepatutnya susulan kenyataan Polis Richmond Upon Thames Police yang menggesa penduduk berwaspada selepas berlaku rompakan di kawasan terbabit dan mengedarkan lakaran wajah penjenayah.

Namun apa yang mengejutkan apabila lakaran itu hampir serupa dengan raut wajah penyerang Bayern Munich dan pantas disedari pengguna media sosial.

Seorang daripada mereka dengan nada jenaka berkata: “Saya fikir namanya Harry Kane!” manakala yang lain menambah: “Tampak seperti Polis Richmond Upon Thames Police mencari Harry Kane!”

Dalam kenyataannya polis berkata: “Baru-baru ini, seorang wanita yang berjalan di tebing Sungai Twickenham telah disamun. Kami meminta sesiapa yang dapat membantu kami mengenal pasti penjenayah berdasarkan lakaran yang disertakan.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top