Oh! Tidak
Video kumpulan berbasikal halang laluan bas di Kuala Selangor tular! Polis minta saksi tampil.
Kecoh satu Malaysia weh lepas satu rakaman video ni menunjukkan kumpulan berbasikal didakwa menghalang laluan sebuah bas. Walaupun mereka menyalahkan pemandu bas, pihak polis sudahpun memulakan siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, video yang mula tersebar di Facebook semalam itu menunjukkan satu insiden yang berlaku sekitar jam 9.35 pagi kelmarin.
Mengayuh dalam kelompok besar, ganggu laluan bas…
Mengulas lanjut, Azaharudin berkata kumpulan pengayuh tersebut dipercayai mengayuh dalam satu kelompok besar di lorong kiri jalan, menyebabkan laluan bas terganggu.
BACA: Penunggang Basikal Dikecam Netizen, Cuba Pertahan Diri
Mereka dipercayai mengayuh dalam kelompok besar di sebelah kiri jalan dan menghalang laluan bas.- Katanya ketika dihubungi.
Insiden tersebut berlaku di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, arah ke Sungai Buloh selepas lampu isyarat Batu Arang.
Polis siasat ikut Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959…
Kes ini kini disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, iaitu berkaitan kesalahan menunggang basikal secara beriringan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Pihak polis juga memohon kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.- Tambah beliau.
Sebagai peringatan, Azaharudin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar patuh kepada undang-undang dan saling menghormati demi keselamatan bersama.
Pssttt! Kalau korang pengayuh basikal tegar atau suka konvoi beramai-ramai, tolonglah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan jangan ganggu laluan pengguna lain. Jalan raya bukan milik individu atau kumpulan tertentu, dan bila kita sama-sama hormat antara satu sama lain, kemalangan pun boleh dielakkan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!