Oh! Tidak
Pemandu bas tunjuk isyarat lucah selepas memandu bahaya di lorong kecemasan. Polis sedang siasat.
Macam-macam perangai pemandu sekarang! Tular satu video pendek berdurasi 25 saat di media sosial yang menunjukkan seorang pemandu bas bertindak memandu secara berbahaya di lorong kecemasan.
Sudahlah memandu laju, sempat pula tunjuk isyarat lucah dekat pengguna jalan raya lain yang menegur tindakan tak bertanggungjawab itu.
Rakaman video itu dipercayai dirakam oleh salah seorang pemandu yang berada di lokasi kejadian dan jelas menunjukkan bas berkenaan dipandu laju di lorong kecemasan sebelum masuk ke lorong kanan tanpa sebarang isyarat.
Polis sudah jalankan siasatan, minta saksi tampilā¦

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, pihaknya menerima laporan berhubung video tular itu pada jam 3.42 petang semalam dan siasatan telah dimulakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Kulai.
Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 35.5 Lebuhraya Utara ā Selatan (arah utara).
Bagaimanapun, sehingga kini pihak polis belum menerima maklumat daripada pemilik video atau pemandu kenderaan lain yang terbabit dalam kejadian tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008 atau hadir ke pejabat BSPT IPD Kulai.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pssttt! Tindakan pemandu bas ini memang tak patut dan membahayakan nyawa orang lain. Sepatutnya sebagai pemandu kenderaan awam, mereka lebih bertanggungjawab dan berhemah di jalan raya. Diharapkan pihak berkuasa dapat ambil tindakan tegas supaya perkara sebegini tidak berulang lagi.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizalāsentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!