Polis cari banduan lari ketika terima rawatan di Hospital Sungai Buloh

Polis cari banduan lari ketika terima rawatan di Hospital Sungai Buloh

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Polis sedang mengesan seorang banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.56 petang tadi.

“Kami dimaklumkan oleh pihak Hospital Sungai Buloh bahawa banduan berkenaan iaitu A Kalai Kumar, 27, disyaki melarikan diri selepas didapati tiada di katilnya (di hospital terbabit).

“Banduan berkenaan mempunyai lapan rekod membabitkan kes jenayah serta kesalahan narkotik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan banduan berkenaan yang berketinggian 169 sentimeter (sm) dan berat 70 kilogram itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung banduan itu yang memiliki tatu di bahagian dada dengan lambang ‘crown’ diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

– ends

Keterangan gambar:

1. BANDUAN, A Kalai Kumar, 27, sedang dikesan pihak polis selepas melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, hari ini.

From: No’Rule

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top